Assalamualaikum!

Assalamualaikum!

Ramai orang telah mencuba dan terbukti berjaya dengan rawatan-rawatan alternatif ini (hubungan hamba dengan Allah swt) sejak di zaman Rasulullah SAW hingga ke zaman ini. Malangnya masih ada yang tidak mengetahui atau yakin akan rawatan-rawatan alternatif ini dapat bantu mereka.

Semoga dengan apa yang dikongsi bersama di sini akan dirahmati oleh ALLAH SWT dan memberi manafaat kepada semua pembaca budiman hendaknya.

13 April, 2011

FADHILAT SAKIT

Ibnu Mas'ud r.a berkata:
Saya masuk ke tempat Rasulullah s.a.w. ketika ia sakit panas yang amat sangat, maka aku sentuh badannya dan saya berkata: Panasmu sangat ya Rasulullah. Jawab Nabi s.a.w. Benar, panasnya dua orang dari kamu, maka aku jawab: Yang demikian itu, kerana kamu mendapat pahala lipat dua kali. Jawab Nabi s.a.w.: Benar. Demi ALLAH yang jiwaku ada di tangan Nya, tiada seorang muslim di atas bumi ditimpa sakit atau lain bala melainkan akan dihapus dosa-dosanya sebagaimana pohon yang gugurkan daunnya.

Mu' adz bin Jabal r.a. berkata:
Jika ALLAH memberi bala (ujian) bagi seorang mukmin berupa penyakit, maka Malaikat yang disebelah kiri diperintah supaya tidak mencatat apa-apa, sedang Malaikat di sebelah kanan diperintah: Catatlah untuk hambaKu sebak-baik amal perbuatan yang biasa dilakukan ketika sihat, kerana ia kini dalam belengguKu.

Rasulullah s.a.w. masuk ke tempat Salman r.a. ketika ia sedang sakit lalu Nabi s.a.w. bersabda padanya:
Untukmu dalam sakitmu ini mendapat tiga keuntungan:
     1. Peringatan dari Tuhan.
     2. Pembersih dan penebus dosa-dosa yang lalu
     3. Doa orang sakit itu mustajab, kerana itu berdoalah pada Allah sekuatmu.

(dari kitab Tanbihul Ghafilin jilid 2)

Terdapat sebuah kisah ringkas di zaman Rasulullah saw.:
 Ada seorang sahabiah telah bernikah dengan suaminya. Genap 40 hari, dia telah mengajak suaminya pergi berjumpa Nabi saw untuk mohon perceraian. Suaminya hairan kerana selama 40 hari bersama sahabiah ini tiada sebarang masaalah atau pertelingkahan berlaku diantara mereka. Dalam perjalanan, suaminya telah tersepak batu sehinggakan kakinya telah berdarah. Kemudian, sahabiah ini beritahu suaminya dia tidak jadi untuk menuntut perceraian dan batalkan perjalanan mereka menemui Nabi saw. Suaminya bertanya kenapa, lalu dijawab sahabiah itu, "Selama 40 hari bersama kamu, kamu tidak sakit. Hari ini adalah hari ke 40, kamu telah tersepak batu tadi, maknanya Allah swt masih merahmati dan menyayangi kamu. Maka aku tidak jadi menuntut cerai dari kamu".

No comments:

Post a Comment